ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVVII - PERKARA AM



Seksyen 225. Keterangan.

(1) Dalam mana-mana prosiding di bawah Kanun ini, Mahkamah hendaklah mematuhi peruntukan Hukum Syara' mengenai bilangan, kedudukan atau kualiti saksi atau keterangan yang dikehendaki untuk membuktikan sesuatu kenyataan.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengambil kira undang-undang keterangan yang berkuatkuasa ketika ini dalam Negeri, dan hendaklah berpandu kepada prinsip-prinsip undang-undang itu, tetapi adalah tidak dikehendaki untuk memakai undang-undang itu secara ketat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.