ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN V - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 57. Pendakwa Syarie.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah setelah berunding dengan Majlis melantik seorang anggota Perkhidmatan Awam yang berkelayakan menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, sebagai Ketua Pendakwa Syarie.

(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan mengikut budibicaranya bagi memulakan, menjalankan atau tidak meneruskan prosiding bagi sesuatu kesalahan di dalam Mahkamah Syariah.

(3) Majlis setelah berunding dengan Ketua Pendakwa Syarie boleh melantik orang-orang yang sesuai dan layak dari kalangan anggota Perkhidmatan Awam menjadi Pendakwa Syarie yang akan bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis kecuali mana-mana hak atau kuasa yang disebutkan dengan nyata yang mesti dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.