ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB II - Qarinah
Ikrar



Seksyen 18. Syarat ikrar.

(1) Pembuat ikrar hendaklah seorang yang akil baligh.

(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan sebaliknya, ikrar berikut adalah tidak layak diterima-

(3) Ikrar seseorang kanak-kanak mumaiyiz yang telah diberi kebenaran oleh wali atau penjaganya untuk menjalankan perniagaan dan urusan dengan orang ramai hendaklah dianggap sebagai ikrar seorang dewasa untuk maksud seksyen ini dan ikrar itu hendaklah diterima sebagai sah.
(4) Pihak yang mendapat faedah dari ikrar tidaklah disyaratkan seorang yang akil dan baligh.

(5) Sesuatu ikrar hendaklah dibuat dengan rela hati tanpa paksaan.

(6) Pembuat ikrar hendaklah terdiri daripada orang yang tidak ditahan dari menguruskan hartanya (Mahjur' alaih).

(7) Ikrar yang dibuat dalam keadaan mabuk tidak boleh diterima dalam kes-kes yang boleh dikenakan hukuman hudud.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.