ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 170. Rujukan kepada Mahkamah Rayuan Syariah oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

(1) Dalam satu perbicaraan jenayah di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah yang menjalankan bidangkuasa asal jenayahnya, Hakim boleh jika difikirkan perlu menangguhkan perbicaraan itu dan merujukkan untuk keputusan Mahkamah Rayuan Syariah mana-mana persoalan undang-undang yang timbul dalam masa perbicaraan orang itu dan yang mana keputusannya akan memberi kesan kepada perjalanan perbicaraan berkenaan.

(2) Sementara menunggu keputusan rujukan itu oleh Mahkamah Rayuan Syariah, orang yang dituduh boleh ditahan di penjara atau dilepaskan atas jaminan, sebagaimana difikirkan patut oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(3) Mahkamah Rayuan Syariah atas rujukan tersebut, hendaklah memutuskan persoalan itu menurut undang-undang dan boleh membuat apa-apa keputusan atau perintah yang difikirkan wajar.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.