ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VII - HADHANAH



Seksyen 87. Penjaga boleh menanggung kanak-kanak dari pendapatan.

(1) Seorang penjaga bagi harta anak yang dilantik oleh Mahkamah boleh membuat peruntukan yang berpatutan dari pendapatan harta itu untuk menanggung nafkah dan pelajaran anak itu setaraf dengan kedudukannya dalam masyarakat tetapi tiada apa-apa jumlah wang lebih daripada tiga ratus ringgit sebulan boleh digunakan sedemikian tanpa kebenaran Mahkamah.

(2) Jika pendapatan dari harta anak itu tidak mencukupi untuk maksud seksyen-kecil (1), atau jika wang dikehendaki untuk kemajuan anak itu, Mahkamah boleh memerintahkan supaya peruntukan bagi maksud itu diadakan dari modal harta anak itu dan, bagi maksud itu, Mahkamah boleh memberi apa-apa arahan mengenainya sebagaimana yang perlu bagi kepentingan anak itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.