ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai aqidah



Seksyen 47. Pemujaan.

Mana-mana orang yang memuja pantai, pokok, padang, kubur, hutan, bukit atau mana-mana orang atau apa-apa benda dengan apa-apa jua cara yang bercanggah dengan Hukum Syarak untuk apa-apa jua tujuan adalah bersalah atas sesuatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan mahkamah boleh memerintahkan supaya alat-alat yang digunakan atau bangunan atau binaan yang digunakan bagi pemujaan itu dimusnahkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.