ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN III - DARIHAL SUBAHAT



Seksyen 43. Menyubahati kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara, penjawat awam yang kewajipannya ialah mencegah kesalahan.

Sesiapa yang menyubahati sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara hendaklah, jika kesalahan itu tidak dilakukan oleh sebab subahat itu, dan tiada apa-apa peruntukan yang nyata ditetapkan oleh Enakmen ini berkenaan dengan hukuman bagi subahat itu, dihukum dengan penjara yang ada diperuntukkan bagi kesalahan itu selama tempoh yang boleh sampai seperempat daripada tempoh yang lama sekali ada diperuntukkan bagi kesalahan itu, atau dengan denda sebagaimana ada diperuntukkan bagi kesalahan itu, atau dengan kedua-dua; dan jika pensubahat itu atau orang yang disubahati itu adalah seorang penjawat awam, yang kewajipannya ialah mencegah berlakunya kesalahan itu, maka hendaklah pensubahat itu dihukum dengan penjara yang ada diperuntukkan bagi kesalahan itu selama tempoh yang boleh sampai seperdua daripada tempoh yang lama sekali ada diperuntukkan bagi kesalahan itu, atau dengan denda sebagaimana ada diperuntukkan bagi kesalahan itu, atau dengan kedua-duanya.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.