ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Saman



Seksyen 28. Bentuk saman dan penyampaian.

(1) Tiap-tiap saman untuk hadir yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Enakmen ini hendaklah secara bertulis dalam Borang 2, Jadual dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi meterai Mahkamah.

(2) Saman itu hendaklah menyatakan secara am jenis kesalahan yang dituduh dan di bawah peruntukan dan updang-undang mana ia boleh dihukum.

(3) Saman itu hendaklah secara lazimnya disampaikan oleh seorang pegawai Mahkamah tetapi Mahkamah yang mengeluarkan saman bolehlah, jika ia fikirkan patut, mengarahkan supaya ia disampaikan oleh mana-mana orang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.