ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN VII - PERKARA-PERKARA AM



Seksyen 68. Pemansuhan.

(1) Bahagian ke IX Undang-undang Pentadbiran Ugama Islam 1965 adalah dengan mula berkuatkuasanya Enakmen ini dimansuhkan dan hendaklah terhenti daripada dipakai di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.

(2) Pemansuhan yang tersebut di atas hendaklah tidak menyentuh penjalanan apa-apa prosiding atau pendakwaan ke atas kesalahan-kesalahannya yang dilakukan sebelum mula berkuatkuasanya Enakmen ini yang dimulakan di bawah Bahagian yang dimansuhkan itu.

(3) Pemansuhan yang tersebut di atas juga tidak akan menyentuh penjalanan Enakmen yang dimansuhkan ke atas apa-apa perkara yang dilakukan atau tertanggung di bawahnya atau apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau liabiliti yang diperolehi, terakru atau berlaku di bawahnya.

Diluluskan pada 13hb Oktober 1992.
[PSUK. Pk. 32818; PU. Pk. 2/89.]

SHARAIDIN BIN TAKIN,
Setiausaha,
Dewan Perhimpunan Undangan Negeri,
Perak




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.