ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 3 - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 189. Bila waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap orang yang dijamin.

Jika, oleh sebab kesilapan, fraud atau selainnya, penjamin-penjamin yang tidak mencukupi telah diterima, atau jika mereka kemudiannya menjadi tidak mencukupi, Mahkamah yang membenarkan dia diikat jamin boleh mengeluarkan suatu waran tangkap yang mengarahkan supaya orang yang dilepaskan atas jaminan itu di bawa ke hadapan Mahkamah itu, dan boleh mengarahkan supaya dia mencari penjamin yang mencukupi, dan jika dia tidak berbuat demikian Mahkamah boleh memenjarakannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.