ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 5 - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM BERKENAAN DENGAN PERBICARAAN



Seksyen 103. Pendakwa bolehlah berhenti daripada mendakwa selanjutnya pada mana-mana peringkat.

(1) Pada mana-mana peringkat perbicaraan sebelum penghakiman diumumkan, Pendakwa boleh, jika difikirkan patut, memberitahu Mahkamah bahawa dia tidak bercadang untuk mendakwa tertuduh lebih lanjut lagi atas pertuduhan itu; dan oleh kerana itu semua prosiding mengenai pertuduhan terhadap tertuduh bolehlah digantungkan dengan izin Mahkamah, dan jika digantungkan, tertuduh hendaklah dilepaskan daripada pertuduhan itu.

(2) Pelepasan tersebut hendaklah tidak terjumlah kepada suatu pembebasan melainkan jika Mahkamah memerintahkan sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.