ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 60. Ajaran salah.


Sesiapa yang mengajar atau menjelaskan kepada seseorang atau di tempat awam mengajar atau menjalankan sesuatu istiadat atau sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan Hukum Syarak adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-duanya sekali dan segala dokumen bertulis dan alat-alat berkaitan ajaran salah itu hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.