ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal keterangan palsu dan kesalahan-kesalahan terhadap keadilan awam



Seksyen 94. Membuat tuntutan palsu dengan curang di hadapan Mahkamah.

Mana-mana orang yang dengan tipuan, atau dengan curang, atau dengan niat hendak membencanakan atau menggusarkan seseorang, membuat sesuatu tuntutan yang ia ketahui sebagai palsu di hadapan Mahkamah, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.