Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M
BAHAGIAN VIII
Seksyen 38. Hukuman Kerana Menyebabkan Kecederaan badan.
(1) Sesiapa menyebabkan kecederaan badan kepada seseorang maka dia hendaklah dihukum dengan hukuman
qisas
iaitu dengan dikenakan kecederaan yang sama dilakukan kepada mangsanya dan sekiranya hukuman
qisas
itu tidak dapat dikenakan atau tidak dapat dilaksanakan dengan sebab syarat-syarat yang dikehendaki oleh Hukum
Syarak
tidak dipenuhi maka pesalah itu hendaklah membayar
irsy
kepada mangsanya dan bolehlah dikenakan hukuman
takzir
dengan dipenjarakan.
(2) Banyaknya
irsy
yang mesti dibayar dan tempoh hukuman penjara yang akan dikenakan hendaklah mengikut apa yang ditetapkan oleh Hukum
Syarak
, dan hendaklah berbeza-beza mengikut keadaan dan keparahan dan jenis kecederaan yang dilakukan kepada mangsanya dan juga keadaan dalam mana kesalahan itu dilakukan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.