ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN V - KEWANGAN
Wakaf, Nazar dan Amanah



Seksyen 65. Sekatan bagi pewujudan amanah khairat.

(1) Sama ada atau tidak dibuat secara wasiat atau alang semasa marad-al-maut, tiada wakaf atau nazar yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa dan melibatkan lebih daripada satu pertiga daripada harta orang yang membuatnya boleh menjadi sah berkenaan dengan bahagian yang melebihi satu pertiga itu.

(2) Tiap-tiap wakaf khas atau nazar yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa adalah batal dan tak sah melainkan jika-



(3) Seksyen ini tidaklah berkuat kuasa untuk menjadikan sah apa-apa wasiat, alang semasa marad-al-maut atau nazar yang tak sah di bawah peruntukan-peruntukan Hukum Syarak.

(4) Apa-apa wakaf atau nazar yang sah menurut Enakmen terdahulu hendaklah terus sah bagi maksud Enakmen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.