ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXXII - ORANG-ORANG PAPA



Seksyen 240. Permohonan menuntut atau membela sebagai orang papa.

(1) Mana-mana orang, yang ingin memulakan atau membela mana-mana tindakan atau prosiding lain atas haknya sendiri, dan tidak upaya membayar fee Mahkamah mengenainya, boleh memohon kepada Mahkamah, untuk mendapat izin bertindak atau membela sebagai seorang papa.

(2) Permohonan itu hendaklah melalui afidavit dalam Borang 35 dan Borang 36 mengikut mana yang berkenaan dan pemohon hendaklah menyatakan dalamnya-

(3) Afidavit itu hendaklah disediakan oleh pemohon atau oleh seorang pegawai Mahkamah dan hendaklah diperakukan oleh pemohon itu di hadapan Kadi atau Pendaftar.

(4) Apabila Mahkamah telah berpuas hati-
Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah membenarkan pemohon itu (selepas ini dipanggil "seorang papa") menuntut atau membela mengikut mana yang berkenaan sebagai seorang papa. Setelah perintah tersebut dibuat saman atau lain-lain proses dalam tindakan itu dan catatan berkaitan dalam buku daftar hendaklah ditanda "seorang papa".

(5) Jika Mahkamah tidak berpuas hati ia hendaklah menolak permohonan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.