ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 58. Menjual makanan dan makan dalam bulan Ramadan.

(1) Seseorang yang pada waktu berpuasa di dalam bulan Ramadan membeli makanan atau minuman untuk dimakan atau diminum dengan serta merta atau menjual atau memberi kepada orang yang beragama Islam makanan dan minuman untuk dimakan atau diminum dengan serta merta adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya dengan denda tidak lebih dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang yang didapati makan atau minum atau menghisap sebarang tembakau atau seumpamanya pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.