ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986
BAHAGIAN VII - AM
Seksyen 191. Salinan rekod pembicaraan.
(1) Jika pengadu atau orang yang dituduh atau mana-mana orang lain yang terlibat dengan hukuman atau perintah yang diluluskan atau dibuat oleh Mahkamah ingin mendapat salinan hukuman, perintah atau mana-mana bahagian rekod pembicaraan, dia hendaklah apabila membuat permohonan untuk mendapat salinan itu, diberi oleh Mahkamah;
Dengan syarat hendaklah dia membayar jumlah wang yang munasabah seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah untuk salinan itu, melainkan jika Mahkamah atas sebab-sebab istimewa memutuskan memberinya dengan percuma.
(2) Permohonan mendapat salinan rekod pembicaraan boleh dibuat pada bila-bila masa oleh Pendakwa dan tidak ada bayaran dikenakan kepadanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.