ENAKMEN 12 TAHUN 1993
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993
BAHAGIAN V - MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
Seksyen 11. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah.
Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah-
(a)
dalam bidang kuasa jenayah, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan yang boleh dihukum di bawah apa-apa undang-undang Islam bertulis yang hukuman maksimum baginya ialah denda yang melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan bagi tempoh yang melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali;
(b)
dalam bidang kuasa sivil, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang berkaitan dengan-
(i) pertunangan, pernikahan, perceraian, pembatalan perkahwinan (fasakh) atau perpisahan kehakiman (faraq);
(ii) apa-apa pelupusan harta atau tuntutan harta yang berbangkit daripada perkara-perkara yang diperihalkan di dalam subperenggan (i);
(iii) nafkah orang-orang tanggungan, sahtaraf Hadhanah atau penjagaan kanak-kanak;
(iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;
(v) wasiat atau pemberian pada maradhul maut seseorang simati Islam;
(vi) pemberian semasa hidup atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang mencukupi dengan wang atau benda yang bernilai wang oleh seseorang Islam;
(vii) wakaf atau nazar;
(viii) membahagikan dan pewarisan harta di bawah sesuatu wasiat;
(ix) isbat waris, nasab dan mati;
(x) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberi oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.