ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN II - PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN PENUBUHAN MAJLIS



Seksyen 4. Perlantikan.

Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik seorang Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama, seorang Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama, seorang Mufti, dan seorang Timbalan Mufti bagi Negeri, seorang Setiausaha kepada Jabatan Hal Ehwal Agama, dan pegawai-pegawai serta orang-orang lain yang beragama Islam yang perlu bagi maksud-maksud Enakmen ini dan bagi perkara-perkara lain yang harus diuntukkan kepada Jabatan untuk menjalankannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.