ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 58. Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Sesuatu rayuan dalam Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah didengar dan dibereskan oleh seorang pengerusi dan dua orang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang lain yang ditentukan oleh Ketua Hakim Syarie daripada kalangan anggota panel tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah seksyen 46.

(2) Walau apa pun seksyen 46, Ketua Hakim Syarie boleh melantik mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi seorang anggota Mahkamah Rayuan Syariah bagi mana-mana prosiding yang tertentu jika Ketua Hakim Syarie berpendapat wajar berbuat demikian.

(3) Ketua Hakim Syarie hendaklah menjadi pengerusi tiap-tiap prosiding Mahkamah Rayuan Syariah melainkan--





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.