ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 4. Penubuhan dan pemerbadanan Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak.

(1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu badan yang hendaklah menjadi suatu perbadanan bernama "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" dan yang kekal turun-temurun dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya yang tersebut itu, dan tertakluk kepada dan bagi maksud Enakmen ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan tak alih dan boleh memindahhak, menyerahhak, menyerahbalik, memulang, menggadai, menggadaijanji, mendemis, menyerahhak semula, memindahmilik atau dengan cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih dan tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletakhak pada Majlis mengikut apa-apa syarat yang Majlis fikirkan patut.

(2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), semua perkara berhubung dengan pentadbiran Agama Islam di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan adalah tanggungan Kerajaan Negeri melainkan jika diperuntukkan sebaliknya, dan apa jua aktiviti Majlis yang melibatkan kewangan selain daripada Baitulmal hendaklah dilulus oleh Pihakberkuasa Negeri.

(3) (a) Apabila mula berkuatkuasanya Bahagian ini "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" yang ujud menurut kuasa seksyen 5 Enakmen 1965 hendaklah disifatkan sebagai badan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.