ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN II
PIHAK BERKUASA DALAM HAL-HAL AGAMA



Seksyen 40. Nas-nas yang diikuti.

(1) Semasa mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 35, atau mengesahkan apa-apa pendapat di bawah seksyen 39, Mufti hendaklah pada lazimnya mengikut pandangan-pandangan yang diterima (qual muktamad) Mazhab Syafie.

(2) Jika Mufti berpendapat bahawa dengan mengikut qual muktamad Mazhab Syafie akan membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah mengikut qual muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali.

(3) Jika Mufti berpendapat bahawa tiada satu pun qual muktamad daripada empat Mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah menyelesaikan soalan itu mengikut hematnya sendiri dengan tidak terikat dengan qual muktamad daripada mana-mana Mazhab yang empat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.