ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001


Seksyen 75. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perintah penjagaan atau nafkah seseorang anak.

Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang ada mempunyai kepentingan, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah, atau boleh pada bila-bila masa membatalkan, sesuatu perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak, jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah itu berasaskan sesuatu salah pernyataan atau kesilapan fakta atau jika sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.