ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXIV - PROSIDING BANTAHAN



Seksyen 182. Pendengaran.

(1) Kecuali jika harta itu dilepaskan seperti tersebut di atas, Mahkamah hendaklah memberi kepada pemiutang perlaksanaan dan pembantah suatu notis pendengaran bantahan tidak kurang daripada dua hari genap dan bantahan itu hendaklah didengar dan diputuskan seolah-olah ia adalah suatu tindakan di mana pembantah adalah plaintif dan pemiutang perlaksanaan defendan.

(2) Bailif tidak boleh menjadi salah satu pihak dalam prosiding ini kecuali jika Mahkamah memerintahkan sedemikian.

(3) Jika Mahkamah memutuskan memihak pembantah, harta itu hendaklah diserahkan kepadanya dan, atas permintaannya, Mahkamah bolehlah mengawardkan suatu jumlah wang yang berpatutan sebagai ganti rugi kerana kehilangan penggunaan, kelusuhan atau kerosakan harta itu dan kos prosiding bantahan itu. Jika harta itu telah dijual, Mahkamah hendaklah mengawardkan nilai yang sebenarnya harta itu yang mungkin akan melebihi jumlah yang terdapat daripada penjualan dan kos.

(4) Jika Mahkamah tidak memutuskan menentang pembantah, ia boleh mengawardkan pada pemiutang perlaksanaan apa-apa perbelanjaan tambahan yang telah dilakukan dalam perlaksanaan oleh sebab bantahan itu dan kos prosiding bantahan, dan perlaksanaan itu hendaklah diteruskan.

(5) Jika pembantah tidak menuntut hak ke atas harta itu tetapi menuntut kepentingan ke atasnya, Mahkamah boleh memerintahkan penjualan harta itu atau membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkan patut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.