ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN X - PENALTI



Seksyen 134. Persetubuhan luar nikah antara orang-orang bercerai.

(1) Seseorang lelaki yang, setelah menceraikan dengan sah isterinya, bersekedudukan semula dengan isterinya itu tanpa terlebih dahulu melafazkan ruju' yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(2) Jika isteri lelaki itu tidak tahu pada masa persekedudukan semula itu tentang telah berlakunya perceraian, maka lelaki itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(3) Seseorang perempuan yang bersubahat melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enarn bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.