ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
ZAKAT DAN FITRAH



Seksyen 55. Kuasa-kuasa amil.

(1) Tertakluk kepada pengecualian dalam Enakmen ini tiada seorang pun berhak memungut, mengambil atau menerima zakat atau fitrah yang kena dibayar kepada Majlis kecuali amil-amil yang dilantik oleh Majlis, atau mana-mana orang yang diberi kebenaran bertulis oleh Majlis.

(2) Seseorang amil yang dilantik di bawah seksyen 53 (1) adalah mempunyai kuasa dalam kawasannya sahaja.

(3) Seseorang Islam yang layak membayar zakat atau fitrah hendaklah membuat bayaran di dalam kawasannya dan jika seseorang itu gagal berbuat demikian, setelah amil di kawasan itu memasukkan namanya dalam senarai taksiran, amil hendaklah segera melaporkannya kepada Majlis.

(4) Jika dengan alasan keuzuran syar'ie atau alasan lain yang tertentu, seseorang itu tidak dapat membayar zakat atau fitrahnya kepada amil dalam kawasannya, maka Majlis boleh memerintahkan supaya dia membayar di mana-mana tempat atau kepada mana-mana amil yang ditentukan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.