ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN V - PELBAGAI KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM



Seksyen 40. Membayar zakat atau fitrah secara tak sah.

Sesiapa yang dengan sengaja membayar atau menyebabkan supaya dibayar zakat atau fitrah kepada mana-mana orang yang tidak diberikuasa untuk memungut zakat atau fitrah adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.