ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 95. Bila kesalahan dibuktikan adalah termasuk dalam kesalahan yang dipertuduhkan.

(1) Apabila seseorang dituduh dengan sesuatu kesalahan yang mengandungi beberapa butir, di mana suatu percampuran daripada beberapa butir sahaja menjadikan satu kesalahan kecil yang mencukupi, dan percampuran itu dibuktikan, tetapi butir-butir yang tertinggal itu tidak dapat dibuktikan, dia bolehlah disabitkan atas kesalahan yang kecil itu walaupun dia tidak dipertuduh dengannya.

(2) Apabila seseorang dituduh atas sesuatu kesalahan dan fakta-fakta yang dibuktikan menunjukkan ia satu kesalahan kecil, dia bolehlah disabitkan atas kesalahan yang kecil itu walaupun dia tidak dituduh dengannya.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.