ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB II - DARIHAL MAHKAMAH JENAYAH



Seksyen 10. Orang awam dikehendaki memberi maklumat atas perkara-perkara yang tertentu.

Tiap-tiap orang yang mengetahui berlakunya atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan apa-apa kesalahan hendaklah dengan segeranya memberikan maklumat itu kepada Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang terdekat sekali berlakunya kesalahan atau niat melakukan kesalahan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.