ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN.
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 113. Keterangan mengenai nyataan-nyataan yang dinyatakan dalam suratan yang tersebut dalam seksyen 112.

Seseorang saksi boleh juga memberi keterangan mengenai nyataan-nyataan yang tersebut dalam mana-mana suratan seperti yang disebutkan dalam seksyen 112 Enakmen ini, sungguhpun ia tiada ingatan yang tepat tentang nyataan-nyataan itu sendiri, jika ia yakin bahawa nyataan-nyataan itu telah direkodkan dengan betulnya dalam suratan itu.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.