ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991
BAHAGIAN V
Zakat dan Fitrah
Seksyen 69. Kaedah.
(1) Majlis, dengan persetujuan Yang di-Pertuan Besar boleh membuat kaedah-kaedah untuk dan mengawalselia semua perkara-perkara yang berhubung dengan pungutan, pentadbiran dan pembahagian zakat dan fitrah.
(2) Tanpa menyentuh peruntukan am yang terdahulu, Majlis dengan persetujuan Yang Di-Pertuan Besar boleh membuat kaedah-kaedah untuk
---
(a)
menentukan dari masa ke masa akan berapa banyaknya zakat dan fitrah yang akan dibayar oleh sekalian orang Islam di dalam Negeri ini;
(b)
mengadakan cara-cara bagaimana zakat dan fitrah hendak dipungut;
(c)
melantik amil-amil memungut zakat dan fitrah;
(d)
mengadakan hukuman-hukuman kerana pungutan atau bayaran zakat dan fitrah oleh atau kepada orang-orang yang tidak diberi kuasa; dan
(e)
mengadakan hukuman-hukuman bagi kegagalan membayar zakat dan fitrah oleh orang-orang yang wajib membayar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.