ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Proses untuk Memaksa Kehadiran - Kes Jenayah



Seksyen 68. Saman dan penyerahan.

(1) Tiap-tiap saman memaksa kehadiran yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Enakmen ini hendaklah bertulis dan dlitandatangani seperti yang diperuntukkan dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah dimeteraikan dengan meterai atau cap Mahkamah.

(2) Saman-saman hendaklah lazimnya diserah oleh seseorang pegawai polis, tetapi Mahkamah yang mengeluarkan saman boleh, jika ia fikir layak, mengarahkan ianya diserah oleh mana-mana orang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.