ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Kesahtarafan Anak



Seksyen 115. Mengakui seorang lain sebagai ibu atau bapa.

Jika seseorang mengakui seorang lain sebagai bapa atau ibunya, maka pengakuan itu, jika disetujui atau disahkan oleh orang yang diakui itu, sama ada dalam masa hayat atau selepas kematian orang yang mengakui itu, serta membetuli kehendak-kehendak Hukum Syara', adalah menjadi suatu perkeluargaan yang sah, setakat perhubungan di antara bapa atau ibu dengan anak itu sahaja, dengan syarat bahawa memandang kepada umur orang yang membuat pengakuan dan umur orang yang diakui itu maka adalah munasabah di sisi Hukum Syara' orang yang diakui itu menjadi ibu atau bapa kepada orang yang mengakui sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.