ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 9 - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERKAITAN DENGAN TESTIMONI SAKSI.



Seksyen 121. Pemeriksaan rahsia.

(1) Suatu pemeriksaan rahsia hendaklah dijalankan melalui suatu surat rahsia di mana hakim akan menulis nama defendan atau yang tertuduh dan hal perkara yang dituntut atau pertuduhan, mengikut keadaan kes, nama saksi, identitinya, pekerjaan dan tempat tinggalnya.

(2) Surat rahsia itu hendaklah dimasukkan ke dalam sampul termeteri dan diserahkan oleh mahkamah kepada orang yang dilantik sebagai pemeriksa rahsia itu.

(3) Apabila menerima surat rahsia itu dan selepas membaca kandungannya, pemeriksa rahsia itu hendaklah menulis di bawah nama saksi yang dinyatakan dalam surat itu perkataan "adil" atau perkataan-perkataan "tidak adil" (Jurh), mengikut penilaiannya dan hendaklah dengan serta merta mengembalikan surat itu kepada hakim.

(4) Jika surat rahsia itu dikembalikan kepada hakim dengan perkataan-perkataan "tidak adil" atau "wallahu a'alam" atau apa-apa perkataan lain yang bermaksud sedemikian tertulis padanya, atau jika tidak ada apa-apa ditulis padanya, hakim tidak boleh menerima keterangan saksi itu dan boleh meminta seorang saksi lain dikemukakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.