ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 8 - DARIHAL HUKUMAN DAN PELAKSANAANNYA



Seksyen 130. Masa melaksanakan hukuman sebat

(1) Apabila tertuduh dihukum sebat sebagai tambahan kepada hukuman pemenjaraan, hukuman sebat itu tidak boleh dikenakan jika suatu rayuan dibuat dan sehingga hukuman itu disahkan oleh Mahkamah rayuan yang berkenaan.

(2) Sebatan itu hendaklah dikenakan dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan dan dalam hal suatu rayuan, dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan selepas penerimaan perintah Mahkamah rayuan yang berkenaan yang mengesahkan hukuman itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.