ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 59. Pemeriksaan saksi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama.

(1) Seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang sepatutnya mengetahui akan fakta-fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah mengubahkan kepada bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa itu.

(2) Orang tersebut hendaklah terikat untuk menjawab segala soalan berhubung dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai itu.

(3) Seseorang yang membuat sesuatu pernyataan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan sesuatu yang benar, sama ada pernyataan itu dibuat bagi menjawab keseluruhan atau sebahagian daripada soalan-soalan.

(4) Seorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terIebih dahulu memaklumkan kepada orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3).

(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, setiap kali mungkin, secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan ibu jarinya dalam kehadiran dua orang saksi, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibaca balik kepadanya dalam bahasa yang pernyataan itu telah dibuat dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia ingin buat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.