ENAKMEN 2 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MELAKA 1988

BAHAGIAN III - JEMAAH PENGURUSAN



Seksyen 5. Jemaah Pengurusan

(1) Setiap permohonan untuk mendaftar Sekolah-Sekolah Agama hendaklah dilampirkan dengan suatu suratcara di dalam borang tertentu yang menubuhkan Jemaah Pengurusan untuk sekolah itu.

(2) Jemaah hendaklah menjadi pemegang amanah bagi semua asset dan harta Sekolah Agama.

(3) Tiap-tiap Jemaah itu hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh orang yang hendaklah memegang apa-apa jawatan yang perlu bagi mana-mana Sekolah Agama yang tertentu dan mempunyai apa-apa kuasa dan tugas yang ditetapkan oleh suratcara itu dan Guru Besar sebuah Sekolah Agama itu hendaklah dilantik menjadi Setiausaha Jemaah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.