ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Iqrar



Seksyen 17. Takrif iqrar.

(1) Iqrar ialah pernyataan lisan, bertulis atau secara isyarat yang dibuat oleh seseorang bahawa dia di bawah obligasi tertentu kepada seorang lain tentang sesuatu hak orang lain itu ke atasnya dan yang dibuat oleh mana-mana orang dalam mana-mana hal keadaan yang disebutkan kemudian daripada ini.

(2) Iqrar yang dibuat di luar Mahkamah hanya boleh diterima jika dibuat di hadapan dua orang saksi adil.

(3) Iqrar seseorang wakil, dalam prosiding bagi pihak orang yang memberi wakil, yang dibuat di hadapan Hakim, boleh diterima.

(4) Iqrar dalam kes zina hendaklah diterima jika dibuat di hadapan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.