ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN

WARAN TANGKAP



Seksyen 32. Bentuk waran tangkap.

(1) Tiap-tiap waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Enakmen ini hendaklah mengikut Borang 3 Jadual dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi meterai Mahkamah.

(2) Tiap-tiap waran itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga waran itu dibatalkan oleh Mahkamah yang mengeluarkannya atau sehingga waran itu dilaksanakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.