ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 172. Kuasa untuk menyemak.

(1) Jika mana-mana Hakim Mahkamah Rendah Syariah selepas memberi keputusannya berpendapat bahawa keputusannya itu tidak betul, dia boleh meminta Mahkamah Tinggi Syariah untuk menyemak keputusannya bagi tujuan untuk memuaskan dirinya terhadap kebenaran, keesahan atau kewajaran mana-mana pendapatnya.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah boleh meminta dan memeriksa rekod mengenai mana-mana prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah Rendah Syariah untuk tujuan memuaskan hatinya terhadap kebenaran, keesahan atau kewajaran mana-mana pendapat hukuman atau perintah yang direkodkan atau dijatuhkan dan terhadap kesempurnaan peraturan mana-mana prosiding Mahkamah tersebut.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.