ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN VI - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH DIRI



Seksyen 54. Khalwat.

(1) Seseorang lelaki yang didapati bersama-sama dengan seorang atau lebih perempuan yang bukan isteri atau mahramnya di tempat yang sunyi atau di dalam sebuah rumah atau bilik atau di tempat yang terasing dalam hal-keadaan yang boleh mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Seseorang perempuan yang didapati bersama-sama dengan seorang atau lebih lelaki yang bukan suami atau mahramnya di tempat yang sunyi atau di dalam sebuah rumah atau bilik atau di tempat yang terasing dalam hal­keadaan yang boleh mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.