ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 4 - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS SAMAN MADIN PENGHAKIMAN



Seksyen 177. Pengeluaran saman madin penghakiman.

(1) Apabila menerima permohonan di bawah seksyen 176, Mahkamah hendaklah mengeluarkan suatu saman madin penghakiman dalam Borang MS 44, dengan syarat bahawa jika madin penghakiman adalah perbadanan suatu saman dalam Borang MS 45 hendaklah digunakan.

(2) Suatu saman madin penghakiman hendaklah disampaikan kepada madin penghakiman sekurang-kurangnya 7 hari sebelum hari yang ditetapkan bagi pendengarannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.