ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Dokumen Awam.



Seksyen 59. Salinan yang diperakui bagi dokumen awam.

Tiap-tiap pegawai awam yang ada di dalam simpanannya sesuatu dokumen awam yang seseorang ada hak memeriksa hendaklah memberikan kepada orang itu atas permintaannya salinan dokumen itu apabila dibayar fee yang sah di sisi undang-undang, beserta dengan suatu perakuan yang ditulis di kaki salinan itu, bahawa ia adalah salinan yang benar bagi dokumen itu atau bagi sebahagiannya, dan perakuan itu hendaklah ditarikhkan serta ditandatangani oleh pegawai itu dengan nama dan jawatan rasminya, dan hendaklah dimeteraikan jika pegawai itu dibenarkan oleh undang-undang menggunakan sesuatu meterai, dan salinan yang diperakui demikian itu adalah dipanggil salinan yang diperakui.

Huraian - Seseorang pegawai yang diberi kuasa mengeluarkan salinan yang tersebut itu pada menunaikan kewajipan rasminya yang biasa adalah disifatkan sebagai ada di dalam simpanannya dokumen yang tersebut itu dalam erti seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.