ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXIII - PERINTAH SEMENTARA MENGENAI HARTA



Seksyen 174. Perintah perlindungan.

(1) Dalam mana-mana tindakan mengenai kontrak atau untuk pemulangan mana-mana harta alih jika tuntutan plaintif telah dibuktikan secara prima facie dan defendan mempunyai pembelaan satu menuntut lien, Mahkamah boleh membuat perintah penyerahan, perlindungan atau penjagaan mana-mana harta alih yang menjadi perkara pertikaian, atau pembayaran kepada Mahkamah apa-apa jumlah wang yang dipertikaikan atau kedua-duanya sebagaimana yang difikirkan patut.

(2) Seksyen ini hendaklah dipakai dengan ubahsuaian yang perlu kepada tuntutan-balas.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.