ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 138. Kebenaran khas untuk merayu di dalam kes-kes yang tertentu.

Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah bolehlah atas permohonan mana-mana orang yang ingin merayu yang dihalangi daripada berbuat demikian atas alasan dia tidak menurut mana-mana peraturan atau mana-mana keperluan Enakmen ini, memberi kebenaran khas untuk merayu dengan syarat-syarat yang ditetapkan dan dengan memberi arahan-arahan kepada Kadi dan kepada pihak-pihak yang Pengerusi berkenaan memandang perlu, supaya keadilan yang sepenuhnya dapat dilaksanakan dalam perkara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.