ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XIV - DARIHAL HUKUMAN DAN PERLAKSANAANNYA



Seksyen 133. Pesalah remaja.

(1) Jika mana-mana pesalah remaja disabitkan di hadapan mana-mana Mahkamah atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan denda atau penjara, Mahkamah itu boleh, sebagai ganti hukuman penjara kerana gagal membayar denda atau hukuman penjara dengan----
(2) Mahkamah di mana pesalah remaja itu disabitkan boleh, sebagai tambahan atau sebagai ganti menghukum pesalah itu mengikut cara yang diperuntukkan di dalam seksyen ini, mengenakan denda ke atas ibubapa atau penjaganya tidak melebihi lima ratus ringgit dalam mana-mana kes yang Mahkamah tersebut, selepas siasatan ringkas, berpuashati bahawa ibubapa atau penjaga itu, telah atas kecuaian mereka untuk menjaganya dengan baik atau selainnya, menyebabkan salah laku pesalah itu:

Dengan syarat bahawa ibubapa atau penjaga itu tidaklah boleh didenda tanpa ianya diberi peluang untuk didengar dan (jika dia mahu) memberikan keterangan di dalam pembelaannya.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.