ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 173. Bagaimana sabitan atau pembebasan yang dahulu boleh dibuktikan.

(1) Di dalam sesuatu pembicaraan atau tindakan lain di bawah Enakmen ini atau sabitan atau pembebasan yang dahulu boleh dibuktikan selain dari cara-cara lain yang diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang yang pada masa ini berkuatkuasa-
(2) Jika Penguasa Penjara menyatakan di dalam sesuatu sijil yang ditandatangani olehnya bahawa cap jari yang terdapat di atas sijil tersebut adalah cap jari orang yang disebut di dalam sijil itu, sijil tersebut akan menjadi keterangan hal yang tersebut.

(3) Setiap Mahkamah hendaklah menganggap setiap dokumen yang dikatakan menjadi sijil sabitan dan yang dikatakan telah ditandatangani oleh penguasa mana-mana penjara di dalam Malaysia sebagai benar dan hendaklah juga menganggap bahawa pegawai yang menandatangani dokumen itu, adalah bila dia menandatangani dokumen itu, Penguasa Penjara yang disebut di dalam dokumen tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.