ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN



Seksyen 79. Kewajipan menanggung nafkah anak-anak tak sahtaraf.

(1) Jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah seseorang anaknya yang tak sahtaraf yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, Mahkamah boleh, apabila hal itu dibuktikan dengan sewajarnya, memerintahkan perempuan itu memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.

(2) Jika tuntutan dibuat terhadap bapa yang disangkakan, tuntutan itu hendaklah dibawa dalam Mahkamah Majistret yang mana boleh memerintahkan bapa itu memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah itu.

(3) Elaun bulanan di bawah seksyen ini hendaklah kena dibayar dari tarikh bermulanya kecuaian atau keengganan menanggung nafkah itu atau dari sesuatu tarikh yang kemudian mengikut sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.