ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM
Darihal Hak Mempertahankan Persendirian



Seksyen 25. Hak mempertahankan persendirian terhadap perbuatan seseorang yang tidak sempurna akal.

Apabila suatu perbuatan yang boleh menjadi sesuatu kesalahan tidak menjadi kesalahan itu oleh sebab orang yang melakukan perbuatan itu belum mencapai umur baligh, belum matang, tidak sempurna akal, mabuk atau pun oleh sebab ia salahfaham, maka tiap-tiap orang ada hak mempertahankan persendiriannya terhadap perbuatan itu sama seperti ia ada hak sekiranya perbuatan itu boleh menjadi kesalahan itu.

MISALAN

Z. oleh sebab tidak sempurna akal, cuba membawa A., isteri B. Z. tidaklah melakukan apa-apa kesalahan. Tetapi A. ada hak mempertahankan persendirian sama seperti ia ada hak sekiranya Z. tidak gila.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.